Tentang Pak Haji

Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad

Pengasas
HPA International

Pengenalan

Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad yang berasal dari Jejawi, Perlis pada tahun 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Pada 15 Julai 1995, nama syarikat telah ditukar kepada Herba Penawar Al Wahida (HPA).

Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk membuat kajian Perubatan Herba Tradisional bagi dijadikan sebagai rawatan alternatif kepada masyarakat. Selain itu, syarikat ini juga bertujuan untuk membuat penanaman tanaman perubatan secara komersial

Sejarah - Herba Penawar Al Wahida

HPA adalah ringkasan daripada Herba Penawar Al Wahida dimana nama Wahida itu diambil sempena nama anak pertama dalam keluarga Pengasas merangkap Pengarah Urusan HPA, Tn. Haji Ismail. Namun begitu, Herba Penawar Al Wahida bermaksud penyembuhan yang berlaku itu datangnya dari Allah yang Esa. Pada permulaannya di tahun 1986, perniagaan herba ini menggunakan nama Perawatan Tradisional Al Wahida. Dari titik inilah beliau bermula memperkembangkan perniagaannya dari masa ke semasa sehingga dapat membuat penjualan yang cukup membanggakan untuk pergi lebih jauh.

HPA Industries Sdn. Bhd. didaftarkan pada tahun 1995.

Pada tahun yang sama, HPA telah berjaya menyewa beberapa lot bangunan di Kawasan Perindustrian Kuala Perlis dibawah skim Bank Pembangunan negara ketika itu. 3 tahun kemudian HPA membeli 6 lot Kilang MIEL Kawasan Perindustrian Jejawi Sematang di Perlis.

Peringkat pertama penghasilan produk dilakukan dengan hanya menggunakan 3 buah mesin oven pembakar kuih untuk mengeringkan akar kayu. HPA bermula dengan 6 orang pekerja dan modal awal sebanyak RM 3 ribu. Keadaan ini berkembang begitu cepat sehingga HPA memiliki kemudahan serta peralatan yang mencukupi sebagai sebuah kilang herba.

Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki 5 buah kilang iaitu kilang kopi, kilang herba, kilang sos, kilang roti dan kilang kordial. Dua kilang yang bertaraf GMP ialah kilang kopi dan kilang Herba. HPA juga memiliki saham dengan kilang-kilang di negara luar. Di samping itu, HPA juga mengusahakan penanaman herba secara komersial serta penternakan ayam organik.

VISI HPA

- HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan.

- HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa.

MISI HPA

- HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herbanya dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami.

- HPA menyelia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga dan masyarakat.

OBJEKTIF HPA

- Menjadi pengeluar dan pengedar barangan herba No.1 di seluruh Malaysia.

- Memimpin industri herba di Malaysia menjadi pengeluar yang inovatif, berdaya maju dan berwawasan

- Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan

Shopping Cart